Skip to main content

Corat Coret Lokasi Pertama Drama Sangat 2017! Artis mana pula yang dihidu peminat tu?

Lokasi pertama siri jelajah Bas Drama Sangat 2017 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan peminat yang hadir berpeluang beramah mesra bersama artis DSBT2017.

Tidak mengecewakan lokasi bertempat di Alor Setar Mall, Sensation2u dapat melihat kegigihan mereka berpusu-pusu untuk mendapatkan selfie terbaik of the year.
A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on
Pun begitu dalam kemeriahan dan keterujaan peminat dapat berjumpa dengan artis kesayangan mereka seperti Ashraff Muslim, Izzue Islam, Raja Afiq, Johan As'ari, Bell Ngasri, Zoey Rahman, manakala artis perempuan seperti Cha Cha Maembong dan Wan Sharmila.
A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on
BACA: Mata Coklat Nazirul Mubin sering disalah erti
Sensation2u terperanjat seketika apabila melihat ada peminat yang mengambil kesempatan menghidu badan artis wanita DSBT2017! Sekelip mata berlaku, tak menyempat Sensation2u nak jadi mamirazzi wannabe nak ambil gambar...
Ada pula tu pelakon Alif 7 Dimensi diburu peminat sehingga ke tandas petrol pam! Hebat betul penangan lakonan beliau.

Acara DSBT2017 turut dimeriahkan lagi dengan penampilan dua hos kacak iaitu Shah Sulaiman dan Faiz Tapau.

Apapun Sensation2u harus memuji buat kesemua selebriti dan pihak terlibat dalam menjayakan DSBT2017 dilokasi pertama. Kerana perjalanan kami dari Sri Pentas TV3 Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang tujuh jam perjalanan.

Jom tatap dan tonton sekitar aktiviti petang tadi.
A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on

Comments