Skip to main content

Doa Siti Nordiana dimakbulkan

Tatarias penampilan @thelatifi
LABAIK ALLAH HUMMA LABAIK
Itulah talbiyah yang akan dilafaz dan dihafaz buat mereka yang akan mengerjakan ibadah umrah mahupun haji.

Ibadah itu jugalah merupakan impian penyanyi Siti Nordiana yang sejak dulu lagi tekad mahu menunaikan ibadah tersebut bersama-sama ahli keluarganya pada 5 sehingga 15 Disember depan.
Alhamdulillah syukur kerana akhirnya saya berpeluang untuk mengerjakan ibadah umrah kerana sebelum ini disebabkan kekangan wang dan masa.
Jadi bila dah dapat seruan ini saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk beribadah dan berdoa untuk jodoh dan kerja serta hal-hal lain.
Baca: 30 lagu layak ke peringkat separuh akhir muzik muzik 32
Kata Nana, 32, ketika ditemui pada majlis perasmian produk kosmetik Salima Skin Solutions bertempat di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berkenaan karier lakonan pula, Nana sekali lagi akan digandingan dengan pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar dan akan memulakan penggambaran drama Pengantin Musim Salju, berkemungkinan di besar di Korea Selatan.

Dari segi nyanyi pula, Nana juga akan bersaing dalam Muzik Muzik Separuh Akhir 32 pada 5 November ini dengan mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri 'Terus Mencintai'. 

Sensation2u ucapkan semoga segala perancangan dan ibadah dipermudahkan segalanya. Selamat pergi dan pulang ke tanah air.

Comments