Skip to main content

Eksklusif pendedahan Uqasha pilih Hefny calon suami

Bila dah serasi dan saling memahami serta mempercayai antara sama lain, itulah kunci kekuatan hubungan buat mana-mana pasangan.

Bagi 'love birds' yang semakin intim dan terbuka mengenai status perhubungan mereka, Uqasha buka mulut dan bersedia menjadikan pelakon dan pengacara, Hefny Sahad sebagai suami pilihan hatinya.
Mengenali Hefny hampir tiga tahun kemudian setahun ini mula serius dan saya sangat suka dengan sikapnya yang menghormati kedua orang tua. Dia 'win'.
Sebabnya bagi sesetengah pasangan bila sudah tawan hati adakalanya lupa akan kepada kedua orang tua, tetapi bukan Hefny.
Selain itu, sepanjang empat tahun saya melihat Hefny benar-benar setia dengan saya. 

Jelas Uqasha kepada Sensation2u ketika ditemui pada malam Anugerah Skrin 2017 (#ASK2017) yang menyaksikan drama 'Pesan Dari Tuhan' diangkat sebagai Drama Terbaik ASK2017 dan filem 'Hanyut' dinobatkan sebagai Filem Terbaik ASK2017.

Pada masa sama mengulas mengenai spekulasi liar kononnya Uqasha, 25, kembali bersama bekas kekasih, Pekin Ibrahim, aktres popular tidak ambil pusing mengenai perkara tersebut dan turut memberikan jawapan sama seperti yang dijelaskan oleh Hefny menerusi artikel sebelum ini.
Baca: Spekulasi Uqasha kembali dengan Pekin, Hefny lebih tahu
Berbicara mengenai fasa seterusnya, Uqasha dan Hefny kedua-duanya memberikan jawapan yang sama.
Masih terlalu awal dan tiada apa yang nak dikongsi buat masa ini, insya-ALLAH sampai masa kami berdua akan beritahu kelak.
 Ujar Uqasha memuji Hefny seorang lelaki yang bertanggungjawab dan budiman.

Apapun perancangan masa depan Uqasha dan Hefny, Sensation2u doakan semoga segalanya dipermudahkan.
 
 

Comments