Skip to main content

Fattah Amin, Fazura Selamat berangkat ke Umrah

SYUKUR dan alhamdulillah diucapkan buat kedua pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura telah pun selamat berangkat ke tanah suci Mekah, hari ini.

Turut dilampirkan di sini adalah kiriman kenyataan siaran akhbar rasmi;

Bismillahirahmanirahim

Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.

"Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," -Fattah Amin & Fazura


Sekian, Terima Kasih.

B/p:
Fattah Amin & Nur Fazura
#DoaYangBaikBaik #FikirYangBaikBaik

Hubungi:

Fattah amin
Fastyleasia Management
buzz@fastyleasia.com
PR : Mya Zoolkefely
No Tel : 017 292 1274

Fazura
Universal Music Malaysia

Aisyah.wong@umusic.com | 0163312608

Comments