Skip to main content

Fattah, Fazura Sah Bertunang 13 November & belum bernikah!


SEJAK pemergian Fattah dan Fazura pada 15 November lalu ke tanah suci, ramai yang panas punggung sebab diapi-apikan dengan bahan cerita kononnya mereka sudah disatukan dalam satu majlis tertutup dan malah berwalikan abang Fazura sendiri.

Hari ini para petugas wartawan dan hadirin di sidang media eksklusif menjadi saksi kepada bekas Hero Remaja 2012, 27, dan Fazura, 34, menjawab segala teka-teki mahupun spekulasi pernikahan mereka yang berlarutan sejak dua minggu lalu.
Menurut pelantun kedua-dua lagu 'Cinderella',
BACA: Spekulasi Fattah Amin Fazura bernikah ini jawapan orang dalam!
"Alhamdulillah pada 13 November lalu kami sudah selamat melangsungkan pertunangan di kediaman keluarga saya (Fazura) dan majlis tertutup adalah kerana menghormati kehendak dan permintaan keluarga," jelasnya.

Sementara itu Fattah pula memberitahu akan diadakan dua majlis resepsi bagi pihak keluarga dan media termasuk lah fans.

A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on
"Majlis pernikahan akan diadakan dalam masa terdekat dan akan diberitahu pada masanya nanti selepas segala proses daftar kahwin dan beberapa hal berkaitan selesai.

"Dalam perancangan bagi menghargai jasa baik sokongan semua, pihak keluarga dan media serta fans, kami akan adakan dua majlis resepsi," ujar Fattah.

Pada masa sama Fazura yang tampak berseri dan ayu bertudung putih menjelaskan samada akan terus kekal selepas ini diharapkan didoakan yang terbaik.

"InsyaALLAH semoga doa yang baik-baik. Seperti yang anda tahu saya pelakon ada komitmen," katanya ringkas.

Tahniah buat Fattzura semoga perancangan ke fasa untuk bergelar suami dan isteri dipermudahkan segalanya.
A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on

Comments