Skip to main content

Fazura antara nama dalam senarai doa Fattah Amin di Umrah

DIFAHAMKAN pelakon popular Fattah Amin pada 15 November ini akan mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga tercintanya.

Sementara itu Sensation2u difahamkan kemungkinan pelakon cantik, Fazura akan turut mengerjakan ibadah mulia itu pada tarikh yang sama.

Abdul Fattah Mohd Amin atau nama pentasnya Fattah Amin, 27, bagaimanapun memberitahu jawapan itu perlu ditanya dengan empunya badan sendiri.
"Saya akan pergi mengerjakan ibadah umrah pada kali ini dengan membawa keluarga kerana mereka belum pernah lagi pergi ke tanah suci.

"Pun begitu, berkenaan Fazura samada bakal pergi pada tarikh yang sama, kena dapatkan jawapan itu daripadanya," ujar Fattah.

Jelas Fattah ketika ditemui pada sesi bertemu peminat sekali gus meraikan kejayaan mereka bersama anak-anak Tahfiz Darul Futuh yang diadakan bertempat di HQ AJ De Parfum, Subang Impian.

Diusik soalan nakal adakah nama figura cantik itu akan turut berada dalam senarai doanya, Fattah hanya mengangguk dan mengiyakan ketika membalas pertanyaan tersebut.
A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on
"Ya," jelasnya ringkas.

Tidak ketinggalan duta minyak wangian AJ De Parfum ini juga akan mendoakan buat semua insan yang dikenalinya.

"Saya akan mendoakan semua orang-orang yang saya kenal daripada rakan media termasuk lah fans.

"Sudah tentu saya juga akan mendoakan untuk kebaikkan diri sendiri mengenai kerjaya, keluarga, jodoh dan rezeki," katanya.

A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on
Daripada Sensation2u ucapkan yang terbaik buat Fattah Amin dan dipermudahkan segalanya.

Comments