Skip to main content

Hamil 6 minggu isteri Afzan A Rahman bakal jalani pembedahan

TERKEJUT melihat gambar yang dimuat naik menerusi Instagram milik pelakon Afzan A Rahman sebentar tadi.

Gambar tersebut memaparkan aktor 'Kekasih Paksa Rela' berada disamping isteri, Hasliza Md Sharasan, 32, di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, beserta kapsyen isteri bakal menjalani pembedahan buang bayi.

Ini kerana Sensation2u difahamkan isteri Afzan, 35, hamil diluar rahim berusia enam minggu.

Menurut Afzan ketika dihubungi isteri masih belum menjalani proses pembedahan dan sedang menunggu panggilan untuk kandungan isteri menjalani proses membuang bayi.

"Isteri kena jalani pembedahan buang bayi kerana kandungannya diluar rahim," ujarnya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
BACA: Asfan Shah dedah nama anak ketiga
Dipercayai bayi terpaksa digugurkan demi menyelamatkan nyawa sang ibu kerana kehamilan seperti ini kandungan tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim.

Sama-sama kita doakan semoga proses menggugurkan bayi dipermudahkan segalanya. Semoga ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

Untuk rekod, Afzan, 36, dan Hasliza selamat disatukan dalam satu majlis meriah di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada tujuh tahun lalu (2011) hanya dengan sekali lafaz yang dinikahkan oleh bapa Hasliza sendiri.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Anggun Nur Carissa yang bakal memasuki usia yang ke tiga tahun.

Comments