Skip to main content

Hanis Zalikha didik Yusuf Iskandar cintakan kucing

LAIN LUBUK LAIN IKANNYA begitulah perumpaan yang sesuai budaya dalam sesetengah kaum.

Berbicara mengenai budaya mendidik anak mengikut jantina lelaki mahupun perempuan ramai ada cara tersendiri.

Pun begitu ada ibu-ibu yang berpengalaman merasakan anak lelaki lebih agresif dan perlu ditangani denagn cara spesifik dalam membentuk untuk anak tidak terlalu aktif.
A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on
BACA: Nad Zainal tak terlalu manjakan anak
Pelakon dan pengacara terkenal Hanis Zalikha dan suami, Hairul Azreen percaya mereka hanya mendidik anak agar menjadi seorang yang soleh dan menyayangi haiwan serta menjadi seorang abang yang baik.
Paling penting bagi kami Yusuf menjadi seorang yang baik, penyayang kucing, jadikan dia seorang abang yang baik andai selepas ini nak merancang untuk melahirkan lagi seorang cahaya mata.
Jadi memang tidak ada cara yang khusus pun. Ada juga kami bertanya macam mana anak orang lain yang lelaki terutamanya baik-baik. Jadi mereka akan berkongsi cara-cara, pada usia bila sewajarnya mula menghukum anak dan pada umur bila patut jadi 'best friend'.
Berbalik pada Yusuf dia faham bila dimarah, itu dah memang tanggungjawab saya sebagai ibu dalam mendidik Yusuf.
Jelas Hanis ketika ditemui menghadiri majlis 'Baby Shower Mega' anjuran Happikiddo yang diadakan bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur, pada Ahad petang lalu.

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
Apapun caranya kita semua doakan yang terbaik buat anak-anak supaya membesar menjadis seorang insan yang beragama dan bertanggungjawab serta hormat akan kedua orang tua mereka.

Comments