Skip to main content

Happikiddo tampilkan Hanis Zalikha & Nad Zainal di majlis 'Baby Shower Mega'

JIKA sebelum ini Happikiddo meraikan 'Baby Shower' pasangan pelakon popular Amar Baharin dan Amyra Rosli.

Terbaru Happikiddo telah menganjurkan sebuah majlis 'Baby Shower Mega' dengan menampilkan Hanis Zalikha dan Nad Zainal untuk berkongsi tips dan nasihat kepada bakal ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata pada petang Ahad lalu.
Selain dihadiri lebih 100 ibu bapa, acara turut dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti seperti hadiah cabutan bertuah bernilai RM30,000.
BACA: Amar Amyra umum bakal menimang cahaya mata putera
Pada masa sama majlis diserikan lagi dengan pelakon senior terkenal juga selaku hos majlis, Dee (Jangan Ketawa).

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Happikiddo, Elaine Chew, 'Baby Shower' merupakan acara meraikan sempena menyambut kelahiran anak bersama rakan-rakan dan keluarga.
Di Happikiddo juga menyediakan tips dan nasihat serta persiapan kelengkapan yang praktikal lebih 10,000 produk daripada 100 jenama antarabangsa. 
'Baby Shower' menawarkan nasihat buat ibu bapa serta tips buat bakal ibu bapa. Malah Hanis Zalikha akan turut berkongsi nasihat kepada ibu bapa yang pertama kali bakal menimang cahata mata pertama. Pada sesi ini juga menyediakan panduan tentang persiapan kedatangan bayi oleh Happikiddo. 
Kehamilan merupakan pengalaman istimewa dalam kehidupan setiap wanita. Kami berbangga untuk berkongsi kegembiraan mereka dengan menjadi sebahagian dari perjalanan mereka menuju 'Baby Wonderland'.
Dalam pada itu sebagai seorang ibu, kami berasa berbangga dan terhormat untuk berkongsi pengalaman ini bersama mereka dengan menawarkan produk bayi yang berkualiti dan praktikal serta ditambah dengan pelbagai lagi faedah pada nilai yang lebih baik.

A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on
Dalam perkembangan lain Happikiddo akan membuka lagi beberapa cawangan terbaru dalam tempoh terdekat di Johor dan Pulau Pinang dan bekerjasama dengan pihak FloresKL sebagai perkhidmatan yang menawarkan bakul cantik dihiasi bunga dan hadiah kepada pelanggan.

Comments