Skip to main content

Helena jadikan Hael lebih matang dari segala aspek

Membesar dengan sihat dan ceria disamping pelantun lagu 'Jampi', itulah bukti betapa kasih dan sayang serta cinta Hael akan anak angkatnya, Nur Helena.

Menjaga seperti 'menatang minyak yang penuh' sejak lahir lagi sehingga berusia enam bulan, Hael tidak terjentik merasakan kehadiran 'anak wali' itu satu penamat dalam hidupnya sebagai seorang yang bergelar solo.
Baca: Tangan muka anak melecur, Harris Baba saman butik berjenama mewah bukan kerana duit
Alhamdulillah saya bersyukur dengan adanya Nur Helena hidup saya boleh dikatakan lebih matang dari segala aspek. Setiap perkara pada hari ini yang saya lakukan adalah untuk dia.
Masa awal kemunculannya saya tak pernah terfikir bahawa hidup ini akan berakhir. Jadi, kehidupan dia adalah keutamaan saya malah perjalanan hidup saya pun dipermudahkan sejak adanya Helena di sisi saya.
Ujar Hael yang bakal menyaksikan lagu trendingnya bakal berentap dengan 29 buah lagu lagi menerusi Muzik Muzik 32 pada 12 November depan.

Comments