Skip to main content

Joe menepis dakwaan ditaja pelakon wanita berusia

Namanya mungkin tidak didendangkan namun menerima dan mendengar khabar itu memang mengejutkan!

Satu spekulasi liar yang diterima pihak Sensation2u difahamkan vokalis kumpulan MJ, Joe Bazli, kononnya ditaja oleh seorang pelakon wanita berusia, baru-baru ini.

Sugar mummy ke tu?
Menerusi gambar yang diterima memaparkan belakang susuk tubuh badan penyanyi itu yang berada di sebuah lokasi restoran Danau Kota bersama seorang pelakon wanita berusia.
BACA: Az Zahra Ahmad keluar dari zon selesa
Berjaya mendapatkan Muhammad Bazli Zakaria, 24, atau dikenali sebagai Joe Bazli memberitahu spekulasi itu tidak benar dan pada masa dia berada di studio untuk menghasilkan single seterusnya.

"Di dunia ini kita semua dilahirkan dalam tujuh wajah hampir serupa atau 'pelanduk dua serupa'.

"Pelik dan kelakar spekulasi itu sebab pada masa itu saya sedang berada di studio kerana ada perbincangan mengenai single seterusnya," jelasnya ketawa yang tidak mudaj melatah bila diberitahu berkenaan spekulasi tersebut.

Macam-macam sekarang ni, jangan cepat sangat membuat spekulasi you all. Mujur dah dapatkam keterangan dari tuan badan. Iya lah rupa paras macam mana pula, cukup pakej cari makan.

Comments