Skip to main content

Kerana terlalu percaya rakan baik Nadzmi Adhwa ditahan Polis

PELAKON dan pengacara Nadzmi Adhwa menerusi portal hiburan berlainan mengakui dirinya antara individu yang ditahan pihak polis berhubung memiliki dadah jenis ganja, Jumaat lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn Bhd, Nadzmi, 25, ditahan pihak berkuasa kerana terlalu mempercayai dan terpengaruh oleh rakan baiknya.

Malah rakan baiknya itu sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja.
Bagaimanapun pelakon drama 'Hati Perempuan' ini sudah dibebaskan kurang dari 24 jam dan berasa kesal atas kesilapan yang dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.

Terdahulu, dalam kejadian Jumaat lalu pihak polis menjumpai ganja dalam kereta milik pelakon terbabit  di sebuah lokasi, Stesen Minyak Setiawangsa, dan hasil ujian air kencing yang dilakukan aktor muda itu positif dadah.

#mStar

Comments