Skip to main content

Lagi majlis tertutup, Fattah & Fazura selamat diijabkabulkan

SELAMAT mengikat tali pertunangan dalam tempoh 14 hari saja, kini Fattah dan Fazura difahamkan sudah menukar status suami-isteri.

Pasangan sama cantik sama padan itu dilaporkan menerusi portal media berlainan Fattah dan Fazura kini sah bergelar suami dan isteri hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pada jam 9.50 malam bertempat di sebuah hotel Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan terdekat.
BACA : Fattah, Fazura Sah Bertunang 13 November & belum bernikah!
Jika benar alhamdulillah dan syukur. Perkara baik memang elok dipercepatkan dan malah sebelum ini pada sidang media pun sekembalinya mereka dari tanah suci sudah mengumumkan bahawa majlis pernikahan akan dilangsungkan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu pasangan ini akan mengada dua majlis resepsi pada tahun depan.


A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Comments