Skip to main content

LEPAK AKUSTIKA ramai fans tak puas hati kenapa?

Peminat atau lebih dikenali sebagai fans mereka lah sedikit sebanyak membantu perjalanan kerjaya anak seni sejak awal pembabitan lagi.

Jika dulu peminat dapat bersua dan beramah mesra-manja dengan artis kesayangan mereka melalui sesi meet & greet anjuran media tetapi tidak lagi sekarang.
Berikutan era kini sudah ada media sosial, maka landasan seperti itu dapat memudahkan antara fans dan selebriti untuk berkomunikasi mahupun merancang perkara yang bermanfaat.

Berpeluang menghadiri sesi LEPAK AKUSTIKA pada pertengahan Oktober lalu bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana, Sensation2u berasa kagum dengan cara petugas mengendalikan program yang menghimpunkan artis baru dan lama.

Antaranya seperti, Bade Arell, Ikram Ruzzaman (AF2016), Iswan Ismail, Syafeek Ikhwan, dan Zera Hariz.
BACA: Corat Coret Lokasi Kedua Drama Sangat 2017 Lagi Drama Wei!!!
Untuk pengetahuan ini merupakan program anjuran fans kali pertama dihadiri oleh pihak Sensation2u. Lazimnya mendengar program fans ini selalunya hambar dan krik3x.

Pun begitu tidak dalam program LEPAK AKUSTIKA kerana setiap waktu mereka menyajikan aktiviti menarik agar peminat yang turut serta tidak bosan.

Meskipun aktiviti pada malam tersebut klise tetapi pihak organisasi berjaya membuatkan acara tersebut hidup dengan penampilan artis yang diluar jangkaan perangai mereka, aneh-aneh jua ya. Tambah pula fans yang hadir havoc!

Dengar juga rata-rata peminat yang hadir pada malam tu sampai sekarang tak move on lagi sebab menyeronokkan.

Jadi kalau rasa masih tak puas hati bak datang lagi ya.

Untuk rekod dalam tempoh terdekat ini ada lagi LEPAK AKUSTIKA 2.0. Korang wajib datang!!!

Comments