Skip to main content

Mata Coklat Nazirul Mubin sering di salah erti



BINTANG baru Nazirul Mubin yang dikurniakan sepasang mata berwarna coklat akui sering disalah erti.

Jarang-jarang kita jumpa anak jati Malaysia mempunyai sepasang mata yang cantik. Bisa memukau gadis yang memandang.
Jadi awas jangan pandang lama-lama nanti jatuh hati pula.

"Mata saya memang warna coklat tapi orang selalu fikir saya pakai kanta lengkap. Jadi bila saya nafikan orang tak percaya juga," ujar anak kelahiran Alor Setar, Kedah.
BACA: Alvin Chong sumber inspirasi Adrian Edy
Berbicara mengenai karier pula, pelakon yang semakin dikenali menerusi drama bersiri popular Abang Bomba I Love You, dengar khabar bakal menerokai peluang baru di negara seberang, Singapura.

"Berkenaan itu ada sedikit kekangan kerana kemasukan pesat rakyat Johor kemungkinan permohonan masuk saya akan memakan masa ataupun gagal.

"Di sana nanti bakal bekerja dibawah syarikat Fedex bahagian logistik," katanya.
Dalam perkembangan lakonan, Muhammad Nazirul Ahmad Fauzi atau nama komersialnya Nazirul Mubin memberitahu andai esok sudah bekerja dibawah syarikat gergasi, tawaran berlakon masih diterima seandainya diberi kelonggaran.

"Kalau diberi kelonggaran kenapa tidak namun mana ada syarikat besar nak beri kelonggaran.

"Baru-baru ini saya ada diberikan tawaran berlakon. Pun begitu bayarannya tidak setimpal dari segi lokasi penggambaran dan watak," jelasnya.
Untuk pengetahuan you all Nazirul, 27, juga merupakan seorang model yang pernah menyarung gelaran juara Mister Planet Nation Malaysia, tahun lalu (MPNM2016) dan pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Mister Global di Chiang Mai, Thailand pada bulan Mei lalu.

Sensation2u ucapkan semoga hala tuju dan keputusan yang dibuat ini membuahkan hasil lumayan demi masa depan Nazirul. Good luck ya.

Comments