Skip to main content

Meeyo MJ kena 'game' scammer, duit hangus!

Sungguh keji perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab tu. Sanggup menipu demi wang ringgit hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Dipercayai baru-baru ini penyanyi kumpulan MJ, Meeyo telah ditipu oleh penjual permainan digital (Playstation) yang mendakwa menjual PS di Semenyih, Negeri Sembilan.
BACA: " Bagi saya tak ada masalah" - Izzue Islam
Difahamkan juga Meeyo atau nama penuhnya Amirul Shafiq Sukor, 24, sudah meletakkan deposit demi mendapatkan barang tersebut.
Bagaimanapun, niat untuk memberi kepada adik-adiknya itu ternyata tidak kesampaian. Meeyo juga turut menulis akan melaporkan jenayah berkenaan kepada pihak berkuasa.

Awas! Macam-macam hal sekarang ni kan. Semoga perkongsian ini dapat menjadikan iktibar.

Comments