Skip to main content

Mei Fen hampir putus asa tapi apa yang dilakukan buat anda terkejut!

PELAKON Mei Fen mungkin satu nama yang kurang didendangkan, tetapi buat penggiat teater figura tinggi lampai ini merupakan sebutir bintang bakatnya usah dipertikaikan lagi.

Berpeluang menghadiri sebuah teater emotif '3 JARI DARIPADA TUHAN' yang diadakan bertempat di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA), penulis berbesar hati untuk mengenali anak kelahiran Pulau Penang ini dengan lebih dekat.
Mei, 30, juga merupakan seorang penuntut ASWARA di tahun akhir dan difahamkan aktres ini tidak pernah mengimpikan, malah mengakui hampir berputus asa atas beberapa faktor.

Bagaimanapun, perit jerih yang dilaluinya mendapat dokongan kuat oleh ramai pihak dengan memberikan kata-kata semangat supaya Mei bangkit dan terus berkarya.
Menyelami episod Mei dalam berusaha menguasai bahasa Melayu pula, penerima anugerah dekan lagi peramah ini memberitahu masanya diisi dengan sebaik-sebaik untuk fasih dalam pertuturan dan penulisan.
Pada awal pembabitan saya sebenarnya tidak fasih dan masih banyak kekurangan perlu diusahakan lagi untuk menguasai bahasa Melayu.
Jadi, semasa membaca skrip perkara yang akan saya lakukan ialah membaca satu per satu ayat kemudian saya baca pula buku rujukan cara sebutan ayat berkenaan dengan betul.
Ujar Mei yang pada setiap waktu hampir ke lewat 3 pagi belajar dan menggigihkan diri untuk menguasai bahasa Melayu.
Baca: Ruzana Ibrahim mula tunjuk 'belang' lebih xtreme!
Berbicara mengenai lakonannya, Mei bermula dengan karya sulung menerusi sebuah filem berbahasa Mandarin, 'The Cage' yang telah menaikkan namanya di radar hiburan.
Selepas itu anak sulung daripada empat adik-beradik ini terbabit dalam pementasan teater 'Takhta 3 Ratu' menggalas watak sebagai puteri Hang Li Po. Tidak lama kemudian ditawarkan pula terlibat dalam pementasan teater 'Zombie La La La'.
Untuk rekod, Mei juga pernah membintangi beberapa drama rantaian saluran Cina. Manakala drama Melayu 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'.

Comments