Skip to main content

Miera Leyana selektif dalam berkarya

Meskipun segelintir penonton 'berbisik' mengenai pelakon dan bakal pengarah muda, Miera Leyana seperti kurang muncul di kaca TV.

Amboi tak baik 'bisik-bisik', cuba google baru tahu.

Namun hakikat sebenarnya Miera, 24, mempunyai matlamat dan perancangan rapi dalam kehidupannya.
Saya berlakon sebab minat dan memilih skrip pada setiap karya yang akan saya persembahkan. Jadi, saya jarang ambil karya yang saya merasakan tidak mampu bawa.
Ujar Miera ringkas kepada Sensation2u.
Baca: 30 Lagu layak ke peringkat separuh akhir muzik muzik 32
Dalam perkembangan lain, selepas kemenangan 'Pelakon Pembantu Wanita Terbaik' (ASK2013) aktres tinggi lampai ini sekali lagi tercalon pada ASK2017 menerusi filem 'Lebuhraya Ke Neraka' dan telefilem ' Tetamu Allah'.
Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur selepas kemenangan pada tahun 2013. Jadi, saya memang tak menjangkakan sekali lagi tercalon.
Jelas Miera yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Nampak tak, jarang-jarang muncul di kaca TV ini lah sekali berlakon keluar 'taring'.
Berbicara soal bisnes, Miera memberitahu dalam tempoh terdekat ini akan terbabit di dalam bidang perniagaan.
InsyaALLAH tak lama lagi akan dilancarkan dan buat masa ini saya tak mahu maklumkan dulu bisnes apa yang saya buat. Dan ia bukanlah produk, malah ini merupakan bisnes keluarga
Kata Miera yang masih mahu perkara itu dirahsiakan sebagai kejutan.

Apapun hasrat Miera, Sensation2u doakan selamat maju jaya.

Comments