Skip to main content

Nad Zainal tak terlalu manjakan anak

BAGI sesetengah ibu yang memanjakan anak mereka ketika waktu mandi, air panas merupakan pilihan utama.

Walau bagaimanapun, aktres Nad Zainal yang sudah setahun bergelar ibu kepada Fahad Ibrahim memberitahu dia tidak terlalu memanjakannya kerana enggan esok kelak anak akan terbiasa jika ketiadaan air panas.
Saya mandikan dengan air suam, tetapi saya ada juga ajar dia biasakan mandi dengan air sejuk.
Jadi sekarang dah bercampur-campur melihat pada keadaan cuaca.
Jelas Nad ketika ditemui pada majlis 'Baby Shower Mega' anjuran Happikiddo bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

A post shared by MRS FALIQ / MUMMY YEM (@nad.zainal) on
Berbicara mengenai pendidikan anak pula ramai ibu-ibu hari ini membiasakan anak-anak mereka dengan 'merasuah' telefon pintar supaya anak mereka lali dan tidak menganggu kerja-kerja rumah ibu.
BACA: (VIDEO) "Allahuakbar... di akhirat nanti dia nak tarik aku masuk syurga" - Cikgu Du Zaimah
Meskipun Farah Nadia Zainal Abidin atau Nad Zainal tegas terhadap anak sulungnya namun tidak dinafikan Nad menghadapi cabaran yang kuat kerana persekitaran.
Kita tak nak anak kita pegang telefon tetapi anak orang lain pegang. Jadi, perkara-perkara seperti itu secara tak langsung telah mempengaruhi anak ktia.
Mujur dia masih kecil dan kami memang dah didik dari awal sehinggakan TV sekarang pun dia tak endahkan kerana ada permainan di depan mata.
Pun begitu, Nad, 27, tidak akan mengekang anaknya daripada gajet tetapi sehingga pada usia yang sesuai.
Saya tidak akan benarkan anak saya main gajet apapun, tetapi bila sudah berusia lima ke enam tahun bila sudah memasuki pra-sekolah saya akan izinkan. Walau bagaimanapun, tidak di rumah.
Ujarnya tersenyum.

Bagus pendirian Nad sebagai ibu muda. Anak-anak ibu dan bapa sewajarnya tegas dalam mendidik. Tahniah!

Comments