Skip to main content

Pertaruhan filem pertama, Mark Adam teruja!

Buat pertama kalinya penyanyi, Mark Adam bakal berlakon dalam filem terbitan Simpang 3 Production apabila bersetuju untuk membintangi sebuah karya yang mengetengahkan aksi permotoran, seni beladiri dan ganster.

Bakal memulakan penggambaran pada 16 Disember lokasi di Johor Bahru, Mark Adam atau atau nama sebenarnya Marcus Adam Echivarre, 38, bakal menyaksikan membawakan watak Nick menerusi filem 'Pailang JB'.
Saya betul-betul teruja dan tidak sabar untuk memulakan penggambaran dan mengenali pengarah secara peribadi dia seorang yang berdisiplin dan pandai mengendalikan team.
Jadi bila saya diberi tawaran berlakon dalam filem Pailang JB, saya beritahu akan buat yang terbaik.
BACA: "Bagi saya tak ada masalah" - Izzue Islam
Ujar pelantun lagu 'Pencuri' ketika sidang media dan sesi menandatangani filem 'Pailang JB' yang diadakan bertempat di restoran Planet Komedi milik Afdlin Shauki.
Antaran barisan pelakon lain turut membintangi filem itu nanti ialah Izzue Islam, Adam Corrie dan lain-lain lagi.

Menyerikan lagi majlis pelancaran pada malam tadi, turut menyaksikan kehadiran Pengarah dan Pengasas Skop Production Sdn Bhd yang disegani iaitu Datuk Yusof Haslam dan wakil FINAS

Comments