Skip to main content

Rosyam Nor pertaruh filem komedi pertama dalam Rempit Sampai Langit

MEMASUKI tahun ketiga akhirnya buah tangan keempat Datuk Rosyam Nor berjaya diterbitkan sebaik malam gala pada malam tadi diadakan.

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd pada kali ini merupakan cubaan pertama Rosyam menghasilkan sentuhan bergenre komedi.

Ini kerana menurut aktres legend itu mahu menampilkan satu kelainan dalam berkarya.

"Penggambaran filem ini dibuat pada tiga tahun lalu bulan Julai dan mengambil masa hanya 40 hari sahaja. Selebihnya mengambil masa yang agak lama kerana 60% adalah CGI khas komedi sahaja.

"Alhamdulillah ada grant daripada FINAS sebanyak RM1.2 juta untuk menghasilkan kesan CGI tersebut. Jadi saya berharap para penonton terhibur bila menonton filem ini nanti.

"Bersesuaian dengan hari cuti berkunjun tiba, salah satu perancangannya filem ini diterbitkan pada musim cuti sekolah kerana kena pada masanya untuk sekeluarga berhibur dan meluangkan waktu bersama-sama," ujarnya risau penonton tidak gelak ketika pada malam gala semalam.
BACA: Joe menepis dakwaan ditaja pelakon wanita berusia
Filem REMPIT SAMPAI LANGIT lakonan Ajak Shiro, Nabila Huda, Reen Rahim, Christina Suzzane, Tauke Jambu dan ramai lagi ini akan berada di pawagam mulai 23 November ini.
REMPIT SAMPAI LANGIT mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng mat rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun dia tidak diterima oleh mana-mana geng sehingga membuat dia kecewa dan patah hati.

Hidupnya berubah setelah seorang saintis Arab memberikannya sampel petrol ‘magik’ yang dapat mengubah motornya menjadi ‘motor terbang’. Fenomena kejadian Kudin dan ‘Kaduk’ terbangnya itu menjadi viral di internet dan media sosial.

Rakan karib Kudin, Comel yang selama ini memendam perasaan, nampak perubahan Kudin dan cuba membawanya kembali ke pangkal jalan. Bob, bos Comel sentiasa menasihati Comel supaya lupakan Kudin dan ingin memenangi hatinya tetapi gagal. Kudin pula semakin hanyut dalam dunia glamour.

Adakah usaha Kudin untuk menjadi ahli geng mat rempit berjaya? Dan berjayakah Comel membantu Kudin dari terus hanyut dalam dunia rempitnya?

Comments