Skip to main content

Spekulasi Fattah Amin, Fazura bernikah ini jawapan orang dalam!

TERNYATA spekulasi segelintir netizen salah mengenai dua pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura kononnya mereka berdua pada malam 14 November lalu dikhabarkan melangsungkan pernikahan secara tertutup.

Difahamkan juga majlis tersebut diadakan bertempat di kediaman nenek aktres tersebut di Petaling Jaya.

Pun begitu, menurut sumber yang boleh dipercayai sebahagian keluarga Fattah Amin, mengesahkan spekulasi itu adalah tidak benar. Malah pada malam itu hanyalah majlis doa selamat buat kedua pelakon terbabit yang bakal mengerjakan umrah pada keesokan harinya.

"Bertunang pun tidak, nikah pun tidak. Hanyalah majlis doa selamat," ujarnya ketika ditemui tengah hari tadi.

Seperti yang sedia maklum, bekas Hero Remaja 2012 dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, kedua-duanya memberikan jawapan yang sama;
"Jika ada berita baik kami sendiri akan maklumkan daripada mulut kami," jelas Fattah dan Fazura.
BACA: Fattah Amin, Fazura selamat berangkat ke Umrah
Berkesempatan menemui Fattah beberapa hari sebelum berangkat ke tanah suci, Fattah juga sekali lagi menekankan doa yang baik-baik dan samada bakal bertunang mahupun kahwin dia tidak akan menghampakan semua orang.

"Saya tidak akan adakan majlis tertutup dan saya akan jemput semua media dan yang dikenali serta fans yang selama ini menyokong karier saya," katanya pada majlis Meet & Greet Fattah bersama peminat di HQ AJ De Parfum, Subang Jaya.

Aneh-aneh betul spekulasi yang bertebaran ni kan. Sah-sah lah kemah putih sebagai simbolik suci untuk doa selamat buat Fattah, 27, dan Fazura yang akan mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga masing-masing.

Itu lah teruja sehinggakan menyimpang pemikiran tu. Let's bentang sejadah dan doa jika mahukan mereka bersatu namun ingat siapa kita hendak merencanakan semua ini jika sudah jodoh tertulis.
A post shared by Sensation2u.com (@sensation2u) on

Comments