Skip to main content

(Video) "Allahuakbar...di akhirat nanti dia nak tarik aku masuk syurga" - Cikgu Du Zaimah

HARI ini para calon SPM 2017 telah memulakan kertas peperiksaan pertama mereka dengan subjek Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2 serta Pendidikan Seni Visual - Teori Seni (Aneka Pilihan Kertas 1).
Tular satu rakaman video mengenai dua orang pelajar khas SMK Tun Mutahir Batu Berendam, Melaka, difahamkan sedang memohon restu dan kemaafan mereka agar dihalalkan oleh guru berkenaan sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sebelum kejadian itu menerusi entri Facebook Cikgu Du Zaimah menulis, rakaman bertujuan untuk latihan kod tangan namun dua orang pelajar khas berkenaan tiba-tiba datang.

Sehingga ini rakaman video tersebut telah ditonton sebanyak 400 ribu kali dan dikongsi oleh pengguna Facebook hampir tiga ribu orang.

Tonton video ini.

Comments