Skip to main content

(Video) Hampir 5 ribu orang jadi saksi pertunangan Rody Kristal

TAHNIAH diucapkan buat Rody dan pasangan Niena Azman yang telah selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.

Difahamkan majlis pertunangan antara gitaris kumpulan Kritsal dan penjaga gol wanita negara dilangsungkan di kediaman keluarga Niena di Kulai, Johor.
Baca: Rody Kristal lamar penjaga gol wanita negara guna IG
Berita itu dikongsi dan dimuat naik sendiri menerusi Instagram milik masing-masing dan ketika artikel ini ditulis, gambar beserta kapsyen luahan rasa syukur milik Rody mendapat 'likes' hampir lima ribu orang.

Pada masa sama rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah buat kedua pasangan.

Dalam perkembangan lain, Rody turut memberitahu selepas ini akan melangsungkan majlis pernikahan tetapi tarikh tidak dinyatakan lagi.
Semoga ikatan pertunangan kekal hingga ke jenjang pelamin.

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on


Terima kasih semua yg sudi menjadi wakil meminang semalam.. paksu maksu, makngah, mak uda,tok pora,kak nini,abg arzad,bob erna,kak tini,adik beradik,. Terima kasih mak ngan ayah sebab merestui dan mendoakan hubungan sy sampai ke majlis meminang.. insyaallah selepas ni majlis akad nikah pulak.. terima kasih juga abah dan mama serta seluruh keluarga @niena_azmann yg menerima dan percaya sy utk menjaga,menyayangi anaknye dan menjadi ahli keluarga mereka.. insyaallah.. tp org kata semlm mcm nak kawen je siap tukar2 pakaian.. sebenarnya pakaian tu di sponsor.. terima kasih @_fairuzazman_ dan @daniabridal .. tp gambar2 ni di ambil selepas perbincangan dan sarung cincin di buat.. 😊😊 .. terima kasih kawan2 yg bg ucapan tahniah.. sama doakan hubungan kami ke jinjang pelamin dan terus ke syurga ya! #NADi #edayπŸ’ #engagement #guitarist #footballer #perakthebosgaurus #jdt
A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on

Comments