Skip to main content

Viral! wajah tampan disebalik topeng pelakon baru

Anugerah Skrin 2017 telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dengan menyaksikan Filem 'Hanyut' dan Drama 'Pesan Daripada Tuhan' diangkat sebagai karya terbaik ASK2017.

Menariknya sewaktu penulisan berada di lokasi karpet merah seperti biasa melihat kepelbagaian penampilan yang digayakan oleh penggiat seni tanahair kita.

Sementara ramai artis berpakaian mengikut tema glam, seorang jejaka ini berjaya mencuri perhatian penulis hadir membawa dirinya dengan bertopeng! Disangkakan Encik Mimpi rupanya bukan.

Hakikatnya lelaki bertopeng, Adam Shadan tersebut merupakan artis baru dan sudah mula menghiasi beberapa drama di TV.
Antara drama yang pernah dibintanginya seperti 'Titian Cinta', 'Sufi Musim', 'Jurnal Suraya', 'Bilo Nogori Jupo Kelate'. Manakal telemovie ramadan 'ALI'.
Betul-betul mengangkat tema ASK2017 'Mencipta Fenomena'.
Mengusik dengan soalan nakal kepada pelakon baru ini, difahamkan penulis Adam mempunyai rakan yang sama-sama berkecimpung dalam dunia glamor dan ada yang berkecil hati kerana aktor muda ini mula bersinar di mata peminat berbanding rakan yang lain.
Susah untuk saya katakan tentang itu kerana semua berlumba dalam industri ini. Satu lagi kita bergantung kepada rezeki. Kita kena sabar dan berusaha untuk berjaya
Ujarnya ringkas kepada Sensation2u pada malam kemuncak ASK 2017.


Comments