Skip to main content

Aeril Zafrel Bercakap Dengan Mayat?

AKTOR tampan Aeril Zafrel, 29, menerusi penampilan terbaru dalam telefilem MANDATORI bakal bersiaran 14 Disember ini dapat disaksikan lakonan diluar kebiasaannya apabila bercakap dengan mayat.

Lain daripada watak yang biasa dibawa sebelum ini, Suhairil Sunari atau nama pentasnya Aeril Zafrel memberitahu sebenarnya ia bukanlah kerana mempunyai kuasa luar biasa namun hanya imaginasi dalam dunia sendiri.
"Sebenarnya bukan saya bercakap dengan mayat tetapi hanya imaginasi saya dan tiada kaitan dengan kuasa luar biasa.

"Berbicara mengenai cabaran ini memang kali pertama berlakon membawa watak kepolisian yang dikategorikan sebagai 'profiler' dan saya kena berjaga-jaga serta mengawal pergerakan supaya tidak berlebih-lebihan.

"Jadi cerita ini memang satu karya yang istimewa kerana sesiapa saja yang mula menonton pada episod pertama akan lebih berasakan keseronokan itu bila sudah memasuki episod keempat ke atas,' ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton telefilem MANDATORI.
Antara barisan pelakon lain yang membintangi karya adaptasi Ramli Awang Murshid seperti, Siti Saleha yang memegang watak sebagai Juliana, Iedil Putra adik kepada Juliana iaitu Johan.

Manakala pelakon lain seperti Alvin Wong, Dato' A.Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankester, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi dan Chew Kin Wah serta ramai lagi.

Untuk rekod telefilem bersiri enam episod ini dapat disaksikan menerusi saluran Astro First Eksklusif 480.

Berpeluang menonton pra-tonton episod pertama Sensation2u dapat menyatakan ketika duduk sahaja penulis sudah tidak sabar untuk menyaksikan lakonan semua pelakon.

Dengan penataan bunyi dan sinematografi juga turut membantu menghidupkan lagi telefilem ini.

Jadi menjadi MANDATORI buat anda sekeluarga pada musim cuti ini untuk mengisi masa kekosongan di rumah.

Comments