Skip to main content

AirAsia Lantik Neelofa Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

SATU lagi pencapaian besar buat sang jelita, Noor Neelofa Mohd Noor apabila hari ini telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baru, Syarikat Penerbangan Tambang Rendah, Air Asia.

Bercinta mungkin gagal tetapi tidak dalam kerjayanya. Nak jadi macam Lofa lah!

Terdahulu satu Malaysia telah menyaksikan bahawa bekas Dewi Remaja itu telah diundang sebagai panel mewakil Malaysia di acara United Nations Development Program, September lalu.
BACA: Makan Malam di The Rooftop Shanghai, Neelofa & Ashman Najib curi perhatian!
Menurut Lofa, 28, ini merupakan satu pencapaian baru dan berbesar hati untuk menggemudi syarikat berkenaan dan bersedia untuk menerima cabaran.

"Ini bukan hanya pencapaian saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana.

"Selama tujuh tahun yang lalu, saya telah menjelajah kedua-dua industri hiburan dan perniagaan yang telah memberi saya banyak kesempatan untuk berkembang dan berubah," katanya.
BACA: Neelofa artis wanita pertama Malaysia diundang sebagai panel ke New York
"Saya teruja untuk mengambil peranan baru ini, untuk mencabar diri saya untuk terus maju dan juga berkembang sebagai seorang individu.

"Saya juga teruja untuk mewakili Gen Y dan pandangan kami untuk perniagaan. Terima kasih sekali lagi AirAsia dan saya tidak boleh menunggu untuk terbang bersama AirAsia," ujarnya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, Neelofa merupakan seorang yang bijak dan berdikari tidak sebagai seorang selebriti tetapi di dalam bidanh bisnes keusahawanan.

Tepat sekali pemilihan Tony tu. Tahniah Lofa! Sekali lagi mengharumkan nama Malaysia.

Untuk pengetahuan you all jawatan Lofa tidak melibatkan urusan harian namun mempunyai hak dan liabiliti dalam syarikat serta membentuk polisi untuk kemajuan syarikat.

Comments