Skip to main content

Aizat Hassan Pernah Dijanjikan 'Bulan, Bintang'

PELAKON tinggi lampai, Aizat Hassan memberitahu pernah tersalah percaturan dalam hidupnya sehinggakan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

Malah pemilik nama penuh Rohaizat Hassan atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Aizat Hassan, 23, pernah dijanjikan 'bulan, bintang'.

"Saya jugak pernah dijanjikan untuk membintangi filem Perang dan pihak produksi suruh saya mengosongkan jadual.

"Jadi saya pun tak amik lah job yang mendatang. Pada ketika itu hampir dua bulan juga saya menunggu kata putus. Akhirnya filem itu tak jadi, mungkin bukan rezeki saya," katanya terkilan.
BACA: 4 Tahun berlakon baru dapat dialog, Azzfar hargai watak kecil
Tambah Aizat dia juga pernah terlepas drama yang diidamkan.

"Saya beriya hendakkan satu drama ni dahulu. Dan drama tu hit sampai diangkat ke filem .

"Saya memang dah diberitahu dapat watak untuk drama tu tetapi nasib atau tak ada rezeki watak itu diberikan kepada orang lain sementelah pada waktu itu saya sedang menjalani penggambaran di perak.

"Pihak produksi drama itu pun mahu saya datang
ke pejabat bagaimanpun saya tidak dapat hadir," ujar bukan rezeki Aizat kepada Sensation2u.
Berbicara mengenai kepesatan pelakon-pelakon baru Aizat lebih memilih untuk bersaing dengan bakat sendiri. Bagus... iya lah sebelum ini pun pernah terlibat dengan kelas lakonan anjuran FINAS (Rumah Akror Seniman).

Untuk rekod anak muda ini pernah mencuba nasib dengan mengikuti pertandingan realiti menyanyi THEBAND Astro (2014) namun nasib tidak menyebelahi.
A post shared by Aizat Hassan Official (@aizat_hassan) on
Dalam perkembangan akan datang saksikan lakonan Aizat menerusi drama Kisah Yang Hilang Tv3 slot seramedi dan telemovie Ana Love Ente Hypptv. 

Comments