Skip to main content

Ayie Floor88 tolak "JOB LUCAH" bernilai RM15 ribu mentah-mentah

VOKALIS kumpulan Floor88, Ayie Elham, 21, memberitahu pernah menerima gangguan seksual menerusi Instagram miliknya.

Menurut Ayie individu yang tidak dapat dikenal pasti jantinanya itu turut akan memberikan habuan sebanyak RM15 ribu jika permintaannya dituruti.

"Seperti orang lain saya juga pernah menerima gangguan-gangguan nakal contohnya pernah sekali ada orang direct message IG meminta saya memberikan gambar lucah.

"Tambahnya lagi jika saya turuti dia akan bagi saya habuan RM15 ribu namun saya tolak dan tidak menghiraukannya," ujarnya ketika ditemui pada pementasan teater projek akhir tahun bertempat di Black Box, ASWARA.

Pada masa sama Nik Fadlee Elhamshah atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Ayie Floor88, mengakui pementasan teater Musuh Bertujuh benar-benar mencabar kemampuannya.
BACA: "Bayar sejuta pun saya takkan dapat" - Neelofa
"Masa berlatih yang diambil lebih kurang tiga bulan dan struggle mencari karakter masing-masing.

"Pertama kali melakonkan pementasan teater klasik saya sangat teruja namun tidak dinafikan teater ini agak susah untuk membentuk cara percakapannya. Tetapi hasilnya saya berpuas hati," tutur Ayie watak diberikan oleh Ahmad Yatim.

Sementara Floor88 kini dalam proses menyiapkan sebuah lagi single terbaru yang dijangka keluar pada bulan Januari tahun depan.

"Tajuk lagu kena tunggu... komposer dan penulis lirik, Zai Hamzah dan genre lebih kurang sama dengan debut," katanya.

Comments