Skip to main content

Zera Hariz akui Azrel Ismail banyak membantu

Pelakon dan penyanyi, Zera Hariz, 22,  memberitahu aktor tinggi lampai iaitu Azrel Ismail merupakan lelaki yang banyak membantunya dalam menghidupkan sesebuah watak yang dilakonkan.

Bukanlah gandingan kali pertama menerusi drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, sebelum ini mereka pernah digandingan menerusi drama Lelaki Macam Dia.
"Saya masih hijau lagi dalam drama dan sebelum ini pun pernah berlakon dengan dia (Azrel).

"Jadi chemistry kami dalam drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin alhamdulillah dia sangat membantu dan dia seorang pelakon yang bekerjasama. Contohnya, kami akan berbincang terlebih dulu macam mana nak menghidupkan watak kami berdua," ujarnya kepada Sensation2u.


Zera Hariz atau nama penuhnya Nurnazira Harizan ditemui ketika menjayakan pementasan teater Musuh Bertujuh bertempat di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
BACA: Aizat Hassan pernah dijanjikan 'Bulan, Bintang'
Berbicara mengenai lakonan di pentas teater pula, Zera memberitahu teater klasik merupakan karya yang diidam-idamkan oleh semua penuntut teater kerana mempunyai perbezaan tersendiri walaupun ia mencabar.
"Ini merupakan kali pertama saya berlakon teater klasik dan untuk semua pelajar teater memang mahukan karya ini kerana ia nya lain daripada yang lain.

"Teater klasik ini betul-betul menguji kami bila berteater, ia memerlukan perucapan yang jelas dan pemahaman yang baik. Tambah mencabar lagi apabila nak mendalami watak era Greek," katanya yang dibantu oleh Ahmad Yatim.

Comments