Skip to main content

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah terima cahaya mata perempuan ibu bapa buat solat hajat

TAHNIAH buat dua pelakon tempatan, Azwan Kombos dan isteri, Ezzaty Abdullah telah selamat menimang cahaya mata perempuan.

Berita itu diumumkan sendiri menerusi Instagram milik akaun Ezzaty Abdullah.

Menariknya, ibu bapa dan rombongan jemaah umrah turut mengadakan solat hajat buat Ezzaty yang kini sudah bergelar ibu.
Semoga Ezzaty, 27, selamat menjalani proses berpantang dan sebagai suami, Azwan, 32 selamat bergelar ayah.

Untuk rekod, Azwan dan Ezzaty selamat diijabkabulkan pada 16 Julai 2016 dengan sekali lafaz bertempat di kediaman Ezzaty, Bentong, Pahang.

Comments