Skip to main content

"Bayar sejuta pun saya takkan dapat" - Neelofa

BERPELUANG menghadiri pada malam penghargaan Naelofar Hijab bertempat di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur, Sabtu.

Penulis bertemu dua mata dengan pemilik hijab, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, ternyata kecantikan figura ini setanding IQnya.

Seperti sedia maklum kita semua sudah tahu anak jati kelahiran Pasir Mas, Kelantan, atau lebih dikenali dengan panggilan Lofa telah dilantik menjadi ahli lembaga pengarah syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, baru-baru ini.

Justeru, penulis bertanyakan apakah perubahan yang akan dilakukan oleh Lofa sendiri ini penjelasan ringkasnya.
"Ramai yang berfikir bahawa saya akan membuat satu perubahan besar namun sebaliknya bukanlah seperti yang difikirkan.
BACA: Aizat Hassan Pernah Dijanjikan 'Bulan, Bintang'
"AirAsia mahu saya jadi diri sendiri dan bukan orang lain.

"Jadi apa yang pihak AirAsia nampak pada diri saya adalah kemampuan untuk mempengaruhi followers saya di media sosial sekali gus mencipta satu trend baru yang boleh disuntik ke dalam AirAsia.

"Ramai pelancong adalah datangnya daripada kelompok generasi muda (Gen-Y). Jika saya nak mengimplementasi secara menyeluruh itu adalah mustahil sebab saya hanyalah sebahagian daripada ahli lembaga pengarah.

"Tapi apa yang saya tahu, saya boleh tampilkan dan kemukakan idea-idea Gen-Y di meja perbincangan," jelasnya kepada Sensation2u.
Tatkala berbicara berkenaan hala tuju aktres ini di AirAsia, penulis memerhati bahasa tubuh dan komunikasi beliau ternyata AirAsia tidak salah meletakkannya sebagai ahli lembaga pengarah baru.

Pesona bintang pelakon Red Velvet ini sudah pun menyerlahkan auranya yang dipanggil 'Corporate Lady'. Nah ini lah dia Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Tambah Lofa lagi, tawaran AirAsia ini tidak akan dapat dimiliki di mana-mana dan malah pihak AirAsia sendiri percaya dengan pengarah baru mereka.

"Dalam pada itu pengalaman baru ini saya tak dapat cari di tempat lain hatta saya bayar sejuta sekali pun saya takkan dapat di luar sana.
"AirAsia melihat saya ada potensi dan saya harus cungkil dan suntik kepada generasi anak muda yang mempunyai impian besar di luar sana dan keluar dari zon selesa," katanya AirAsia menjadikan Lofa sebagai sumber inspirasi buat Gen-Y salah satu dari objektif AirAsia.

Untuk tugasan pertama Lofa akan membuat beberapa kajian dan ulangkaji mengenai syarikat AirAsia sebelum mesyuarat akan datang.
BACA: Neelofa Artis Wanita Malaysia Pertama Diundang Sebagai Panel Ke New York
"Jangka masa sebulan ini saya nak faham lebih mendalam tentang latarbelakang syarikat dan laporan tahunan (Annual Report) sebelum mesyuarat pertama, Januari 2018.

'Saya nak pastikan diri saya bersiap dan tahu selok belok serta sejarah perjalanan syarikat," tutur Lofa yang masih merasakan perkara ini seperti 'bulan jatuh ke riba'.

Sekalung tahniah buat Lofa daripada Sensation2u.


Comments