Skip to main content

"Bukan saya tak jaga badan..." Raja Afiq

PELAKON popular menerusi drama rantaian Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq yang dilihat tubuh badannya semakin berisi bukanlah disebabkan tidak menjaga badan ataupun malas jaga badan.

Menurut Raja Afiq, 23, dia mahu mencuba menyesuaikan tubuh badannya dengan watak yang dimainkan di dalam drama yang dibintanginya.
A post shared by Raja Afiq _ Queen B (@rajaafiqqofficial) on 
"Bukan saya tak jaga badan (tersenyum) sebenarnya saya nak cuba buat pelbagai bentuk sebab nak mengikut kesesuaian watak yang dilakonkan tu.
A post shared by Raja Afiq _ Queen B (@rajaafiqqofficial) on 
"Dulu saya berlakon sebagai askar, takkan badan orang askar gemuk ataupun buncit? Kemudian Lara Cinta Ameena takkan nak gemuk? Sebab dia watak sweet sweet.
A post shared by Raja Afiq _ Queen B (@rajaafiqqofficial) on 
BACA: Wan Sharmila mahukan watak lagi jahat!
"Jadi macam dalam cerita ini saya nak menampakkan kelainan agar orang menyampah. Pernah juga sebelum ini ada orang kata kurus, kesimpulannya memang saya mahukan ada perbezaan dan penonton perasan, tidak mahu sekata sahaja," jelasnya ketika ditemui pada sesi jelajah akhir Drama Sangat Bas Tour (DSBT 2017).
Tambah Raja Afiq lagi, kelainan tidak pada struktur badan sahaja, tetapi dalam lakonannya pun mahu nampak lain.

Jangan bimbang you all Raja Afiq ni pandai jaga badan, kalau nak tahu sebelum dia jadi artis, dia pernah kerja gim jadi fitness trainer. Jadi setakat "kembang" sedikit tu sekejap je nak payungkan balik 6 pax dia.

Comments