Skip to main content

Cinta Yang Telah Mati lebih merapatkan hubungan anggota kumpulan

Kredit foto: NeonbandMY

PASTI ramai yang sudah mengenali dengan jejaka ini kan? Inilah Neon band popular menerusi lagu Cinta Yang Telah Mati.

Menariknya walaupun sudah hampir enam bulan lagu mereka dipasaran, permintaan daripada pendengar radio masih jua tidak jemu-jemu untuk mendengar lagu mereka.
Diwakili oleh enam bersaudara ini terdiri daripada Ezwan Ariff (vokalis), Adam Slv (gitar), Azuad Abdullah (drum), Freddie Kay (keyboard),  Naim (bass), Shafique Sharif (gitar).
Berpeluang mengikuti siri jelajah akhir Bas Drama Sangat Tour 2017 (DSBT) pertengahan November lalu, penulis bertemu dengan pemain drum dan mengajukan soalan dengan lebih dekat disebalik penubuhan dan hala tuju mereka.
BACA: "Bukan saya tak jaga badan..." Raja Afiq
Menerusi temubual secara santai, Azuad memberitahu mereka bekerja dibawah satu bumbung dan sebelum bergiat aktif sebagai pemuzik sepenuh masa, mereka masing-masing tidak mengetahui kelebihan yang ada pada diri rakan-rakan mereka.

Nak dijadikan cerita, setelah mengetahui bakat masing-masing mereka kemudiannya memasuki satu pertandingan pencarian band baru.
Tuah berpihak kepada Neon band dan akhirnya rezeki mempertemukan mereka dengan komposer terkenal, Ippo Hafiz.

Sejak itu timbulnya lagu popular mereka hari ini hasil sentuhan Ippo Hafiz dan KR.
"Kebiasaannya selepas waktu bekerja kami akan berjumpa untuk sesi latihan. Lebih kerap pula sejak Neon band mula bergiat secara serius dalam bidang muzik ni.

"Alhamdulillah Cinta Yang Telah Mati ni berjaya mendapat tempat sebagai soundtrack dalam drama baru-baru ini," ujarnya sementara Neon mempromosikan lagu mereka juga sedang pencarian material untuk single seterusnya.

Tahniah Neon! semoga terus mengorak langkah dan kekal bersatu serta terus mewarnai arena muzik hiburan tempatan dengan karya seterusnya.

Comments