Skip to main content

Edaman Qanda ikuti kelas lakonan Fauziah Ahmad Daud, bukan jual rupa...

PENYANYI Edaman Othman, 24, memberitahu dia kini sedang mengikuti kelas lakonan aktres hebat iaitu Fauziah Ahmad Daud (Ogy) bagi mengasah bakat lakonannya.

Meskipun belum bersedia namun inisiatif yang diambil Edaman ini dianggap sebagai persiapan tepat sebelum terjun ke bidang lakonan. Iya lah kalau keras ataupun kayu tak tentu fasal dikritik pula kan?

"Saya nak belajar bagaimana caranya berlakon dengan betul, bukan setakat nak bajet rupa yang tampan depan kamera tetapi berlakon tiada mutu tak bagus juga.

"Buat masa ini saya belum lagi mengambil mana-mana drama mahupun telefilem sebab belum bersedia sehingga saya betul-betul siap.

"Apabila saya sudah bersedia nanti saya akan pergi ke dunia lakonan pula. Bukannya senang nak berlakon, dulu tengok orang berlakon macam senang namun bila nak berlakon tu memang susah," ujarnya kepada Sensation2u.
BACA: "Jangan over tau..." - Akim Ahmad
Berbicara mengenai hala tuju kumpulan Qanda pula, jelas Edaman mereka kini dalam proses menyiapkan single ke empat.

"Sekarang ini Qanda dalam proses untuk buat single keempat.

"Bagaimanapun lagu itu masih lagi dalam perbincangan sebab banyak komposer yang bagi. Jadi cari yang terbaik untuk material yang baru ini," katanya.
Pada masa sama, menjawab persoalan mengenai kehadiran ramai boyband hari ini, nyata kumpulan Qanda positif dan tidak terasa kehadiran generasi baru sebagai satu rival.
"Boyband baru dan lagu baru daripada mereka sebenarnya akan menguatkan lagi industri kita. Jadi tak hilanglah boyband di Malaysia ini.

"Sebab kami pun memang nak menghidupkan kembali zaman VE Ruffedge dan Innuendo seperti dulu. Oleh itu, rasanya lagi banyak boyband di tanah air ini lagi bagus.

"Strategi kami lagu Qanda semestinya ada trademark tersendiri dan kami pun sekarang nak mengekalkan momentum dalam industri ini.

"Dalam jangka masa panjang supaya mereka ingat Qanda itu bukan setakat generasi hari ini tetapi untuk masa akan datang juga, insyaALLAH," katanya.
p/s: you all nak tahu pucuk muda ini pun ada projek solo dengan komposer dan penyanyi terkenal si Asfan Shah tu. Dengar kata Januari 2018 akan keluar. All the best Edaman!

Comments