Skip to main content

Ezzaty Alami kontraksi 28 jam, Azwan Kombos main peranan

KETERUJAAN setelah bergelar bapa pastinya hanya empunya badan saja lebih mengetahui.

Justeru, hasil perkongsian hidup antara pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, 27, mereka dikurniakan zuriat perempuan yang selamat dilahirkan pada jam 10.30 malam, Rabu.

Bayi seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal bertempat di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Mohd Al Azwan Kombos, 32, atau lebih dikenali sebagai Azwan Kombos turut berkongsi perasaan ketika kali pertama menatap wajah anak.

"Pengalaman pertama jadi ayah dan tentunya ada tanggungjawab yang lebih besar dalam hidup.

"Dalam pada itu, sebelum bayi keluar kami semua di hospital ini memang berusaha sepenuhnya sebab Ezzaty ada mengalami kontraksi selama 28 jam.

"Ketika melihat dia meneran saya pun ada disampingnya dan membantu. Bila melihat kepala bayi keluar tu doktor panggil suruh tengok keadaan bayi yang ketika itu masih berlumuran.

"Bila bayi sudah diangkat doktor letakkan di dada Ezzaty bayi tu buka mata dan tenung je saya ," katanya yang merasakan ada satu anugerah lain dan terharu, sebak serta menangis kepada Sensation2u.

Untuk rekod Azwan dan Ezzaty diijabkabulkan dalam satu majlis meriah namun sederhana bertempat di kediaman Ezzaty pada 16 Julai 2016, Bentong, Pahang.

Comments