Skip to main content

Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

Sensation2u mengucapkan takziah ke atas pelakon Zul Ariffin dan keluarga yang telah kehilangan bonda tercinta kira-kira pada jam 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Arwah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berada di kediaman anaknya iaitu kakak Zul di Sungai Penchala, Damansara.

Semoga arwah Rubiah Nasir ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dirahmati Allah SWT.

Difahamkan jenazah akan disemadikan selepas selesai solat fardhu Zuhur dan semoga segala urusan berjalan dengan lancar.

Comments