Skip to main content

"Jangan over tau..." - Akim Ahmad

PENYANYI Akim Ahmad, 26, berpesan kepada seluruh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) agar tidak lupa diri ketika dalam bercinta.

"Lagu Untuk Laila ini adalah ilham daripada saya ketika menyaksikan sebuah percintaan manis menerusi filem Laila Majnun.

"Dalam pada itu buat adik-adik semua yang ada di sini jangan over tau dalam bercinta tu, anda masih belajar," pesan Akim sebelum menyampaikan lagu seterusnya berjudul Lagu Untuk Laila.
BACA: Konsert Emoji DATC UiTM Shah Alam
Menurut Akim lagu itu merupakan signal bahawa kumpulan mereka akan melahirkan lagi sebuah album yang kedua kini masih dalam proses pembikinan.

Pada masa sama Akim & The Majistret turut menjanjikan album pertama akan diberikan kepada pelajar yang akan datang sekali lagi pada malam konsert akhir Emoji, esok.
"Lagu Untuk Laila adalah tanda bakal kemunculannya album kedua kami yang masih lagi dalam proses pembikinan, bila keluar? Sama-sama kita nantikan.

"Jadi buat anda yang masih belum lagi mendapatkan album pertama kami, datang lah pada esok malam tapi bukan album kedua lah, saya janji," katanya berseloroh pada malam pertama Konsert Emoji bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM, Shah Alam.

Antara lagu yang disampaikan Akim & The Majistret pada konsert malam pertama ialah Potret, Obses dan banyak lagi.

Comments