Skip to main content

Lynnda Sharudin kongsi cabaran sebagai penulis skrip yang perlu anda tahu

HARI ini semua orang ada kisah sendiri. Lazimnya berkisar tentang sebuah percintaan yang gagal mahupun kejayaan yang diperolehi.

Bila menulis skrip pula ada beberapa proses dan masa yang perlu diberi komitmen.

Sensation2u mengambil peluang dan kesempatan menemubual seorang penulis skrip telefilem Syurga Di Hujung Jalan (TV9) berkaitan cabaran sebagai penulis skrip.

"Skrip penuh ambil masa lebih kurang seminggu untuk sebuah telemovie berdurasi 90 minit. Drama bersiri pula ikut berapa episod yang diberi, biasanya dua minggu ke atas.
BACA: Aizat Hassan Pernah Dijanjikan 'Bulan, Bintang'
"Tele atau drama bersiri cabarannya sama sahaja, sebab yg perlu diberi perhatian ialah jalan cerita yg menarik, segar dan mampu membuatkan ia jadi sebutan peminat," jelasnya.

Dalam perkembangan akan datang saksikan lakonan dua bintang hebat Mira Filzah dan penyanyi Hazama dalam drama Uniknya Cinta pada musim DFKL 3 Februari 2018.

Idea asal daripada Erwan Hanipah yang melepasi sesi pitching DFKL 2017 dan Lynnda merupakan penulis skrip.

SINOPSIS

Di dalam cerita ini Hazama merupakan anak seorang gengster yang fobia terhadap keganasan dan sering mengelak tentang cinta akhirnya jatuh cinta dengan seorang gadis lasak iaitu Mira Filzah, anak pegawai polis.

Bapa masing-masing berseteru akibat sengketa silam dan anak-anam menjadi mangsa. Akhirnya cinta menyatukan mereka semua.

Comments