Skip to main content

"Ngeri! saya rasa seakan-akan mati" - Adam Shadan

MENJADI satu episod paling ngeri dalam kehidupan seorang pelakon baru, Adam Shadan, 26, ketika melakonkan babak kemalangan bagi sebuah drama yang bakal ditayangkan di TV3.

Lebih merisaukan anak kelahiran Jeli, Kelantan, apabila membonceng bekas Dewi Remaja, Raysha Rizrose kerana Sensation2u difahamkan motor yang ditunggangi mereka agak berat.

"Watak lakonan menerusi drama Jodoh Tak Salah Alamat benar-benar menguji, adalah menjadi satu cabaran buat saya bila melakonkan watak ngeri seperti dalam gambar tersebut.

"Tambah pula bawa motor superbike yang berat dan pembonceng wanita. Kalau sesuatu berlaku risau juga saya dibuatnya.
BACA: Ayie Floor88 tolak "JOB LUCAH" bernilai RM15 ribu mentah-mentah
"Walaupun sekadar hanya lakonan namun saya rasa seakan-akan mati. Memang ngeri lah! Kemalangan siapa yang tak takut kan?

"Lebih-lebih lagi bila orang kesayangan yang melihat kita macam tu," ujarnya kepada Sensation2u.
Memang terkejut juga ketika sedang asyik meninjau Instagram milik Sensation2u tiba-tiba terlihat gambar kemalangan. Rupanya behind the scene.

Gambar di bawah ini adalah cara mereka melakonkan dan kamera trik ketika melakonkan babak kemalangan.

Comments