Skip to main content

Pendakian Zizi Zulkifli tidak sia-sia

JANGAN ingat hanya di gunung ganang saja ramai pendaki yang berjuang untuk sampai ke puncak dan memacak bendera Malaysia.

Sebaliknya ahli akademik juga layak digelar sebagai pendaki. Ingat mudah untuk menyelesaikan sebuah thesis yang memakan tahun lamanya? Hanya mereka yang pernah dan sedang menyelesaikan thesis ini saja akan faham.

Justeru, jutaan tahniah diucapkan kepada Norzizi Zulkifli, 41, yang juga merupakan seorang pensyarah dan juga seorang Ketua Pusat Pengajian Teater di Fakulti Filem, Teater, Animasi (FiTA) di  Universiti Teknologi MARA (UiTM), kerana telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) di Universiti Wollongong, Australia, Selasa lalu.
BACA: 6 Langkah mudah nak 'move on' bila kau putus cinta
Ikuti cetuhan rasa korban kasih dan perjuangan Dr Zizi yang juga merupakan seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata dan bakal menerima zuriat tidak lama lagi, menerusi posting di Instagram miliknya.
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on


Lelaki yang tidak pernah gentar dgn apa jua kejayaan yg ingin saya kecapi. Malahan sering mencabar saya dengan penghasilan kerja2 pengarahan saya. Soalan dia "Mana work? Kata director! Director mesti ada work!" Maka saya pun akan panas dengan soalan2 begitu dan cuba menghasilkan karya2 utk membuktikan saya director... Proses PhD saya beliau tidak pernah menghalang kalau saya berjam2 di universiti, balik lewat malam menyiapkan thesis. Tidak pernah menyuruh sy pulang awal, tidak pernah bising apa jua. Sangat sangat sangat memahami. Masa sy buat PhD saya ada 3 anak kecil 5 tahun, 3 dan 2 tahun. Bayu menjaga anak2 kecil kami, menguruskan rumah sepenuhnya, meninggalkan bussiness dan kerjayanya di Msia utk bersama saya dan memudahkan segala proses pengajian sy. Saya tahu sy dapat support system yg cukup baik, dengan adik2 saya yg sanggup datang berbulan2 menjaga anak sy kalau Bayu balik ke Msia menguruskan kerja2nya di sini. The moment kapal terbang landed di Airport Sydney saya menangis dlm kapal terbang sebab sy tahu, semuanya ada di kelilingi saya, yang kalau memungkinkan saya tak menamat pengajian adalah diri saya sendiri! Tiada yg lain!!!! Hari ini saya menghantar final thesis to UiTM sbg step terakhir bukti tamatnya pengajian. Saya mengambil kesempatan berposing dengan suami sy yg menjadi tulang belakang akan sebuah perjalanan yg panjang ini! Hanya Allah sahaja membalas apa jua kebaikanmu... #korbankasih
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Masa di tahun dua, saya nampak puncak gunung PhD itu, nak naik macam dah tak mampu ketinggiannya. Terlalu tinggi pula puncak tu. Sayup... Saya pandang ke bawah, nak turun jauh dah sangat pula. Saya tak mampu nak naik dan tak mampu pula nak berpatah balik. Saya cubalah panjat gunung itu. Injured. Panjatlah dengan kaki, lutut, siku, berpeluk pada hujung2 batu di gunung itu. Sesekali saya berhenti, nangis, sy tolak lagi badan saya naik ke atas, kadang2 curam, angin pun sejuk di malam yang gelap, saya panjat lagi dan bila saya sampai ke puncak itu, saya dengan keadaan baju buruk, compang camping, ada luka sedikit sebanyak di badan, tapi saya sampai. Ada kawan2 yang berjaya naik ke puncak dengan bajunya elok tanpa luka. Dia ada kebijaksanaan yg mbolehkan dia naik dgn jaya tanpa perlu teruk mcm saya. Itu mmg student yang pandai. Saya tgk kawan2 sy yg bijak and tamat pengajian dgn jayanya. Tapi saya, dengan teruknya nak naik ke puncak tuh! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Saya mmg tiada kebijaksaan nak menggapai gunung itu. Hanya usaha dan sedikit semangat... dan tiap kali bila sy ke university dan sedang jalan ke bilik study sy ada sidang Konvokesyen, saya akan berhenti di sebuah sudut, berdiri memerhati graduan2 PhD yang sedang meraikan kejayaan mrk di garden university. Saya berdiri di belakang pokok2 bunga tu, sambil menitis airmata. Mampukah aku ke situ?! Bisik hati sy... then barulah sy jalan semula ke bilik study sy di uni. Sy selalu pesan pada kawan saya @sameeha_mj saya kata kat dia "Sam, kalu satu hari aku berjaya attend graduation πŸŽ“ ini, kau ingatlah... aku lah kura-kura yang panjat gunung itu!!!" 😭😭😭🐒
A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Comments