Skip to main content

Pinjamkan Hatiku Tuah Zul Helmi

TUAH ayam nampak di kaki, tuah pelakon baru Zul Helmi nampak dalam filem Pinjamkan Hatiku.

Ya, anak muda ini memang fresh lagi dipersada seni hiburan terutamanya di dalam bidang lakonan.

Siapa sangka aturan Allah lebih Maha Mengetahui, graduan jurusan Kejuruteraan Komputer Program ini akhirnya bergelar sebagai pelakon.

Mohamad Zul Helmi Abdullah menganggap tuahnya sebagai rezeki 'terpijak' kerana dari menghantar rakannya praktikal di Nuansa Production akhirnya Zul pula dapat jadi pelakon selepas mengikuti sesi ujibakat yang diadakan pada hari tersebut.
"Sebenarnya saya hanya menghantar kawan ke Nuansa Production sebab dia ada praktikal. Kebetulan pula ada ujibakat untuk filem Pinjamkan Hatiku, kata orang 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Tak sangka pula terpilih," ujarnya yang mencuba nasib kepada Sensation2u.
BACA: Aeril Zafrel Bercakap Dengan Mayat?
Walaupun wataknya kecil namun Zul, 23, bersyukur atas rezeki dan kepercayaan yang diberikan daripada pengarah tersohor itu. Bukan senang tau...

"Alhamdulillah dengan peluang yang diberikan dan kepercayaan yang diberikan oleh pengarah Osman Ali untuk saya menggalas watak sebagai Arman ini saya berharap agar penonton dapat menerima dengan baik," jelasnya Osman juga merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya ke dunia lakonan.
Sekadar mengusik, biasalah pada pandangan mata orang andai selalu menerima job berulang dengan orang yang sama akan di cop anak emas, tak gitu?

Bagaimanapun Zul tidak melatah dan membalas soalan itu dengan baik.

"Saya dengan Osman Ali memang rapat sejak awal filem Pinjamkan Hatiku dalam proses pembikinan lagi.

"Memandangkan kami bekerjasama buat kali pertama, saya banyak meluangkan masa bersamanya untuk lebih memahami dan mendalami watak dalam filem berkenaan.

"Malah saya juga menganggap beliau seperti cikgu kerana banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya akan bagaimanakah untuk memainkan sesuatu watak.

"Kesimpulannya, banyak berlakon dalam karya beliau itu tidak bermakna saya ini boleh digelar sebagai anak emas.

"Mungkin kerana diberi peluang sebab watak yang beliau mahukan itu sesuai dengan karakter diri saya," kata Zul yang turut digandingkan dengan hero dan heroin hebat, Shaheizy Sam dan Ayda Jebat.
Ayuh sama-sama kita berikan ruang dan peluang buat pendatang baru.
A post shared by Helmy_Officialmy🇲🇾🎵 (@mzul_helmyy) on
Untuk rekod antara drama ataupun telefilem dan filem yang pernah dibintanginya, Pinjamkan Hatiku (filem), The Last Nyonya (filem).

Makala telefilem, Bidadari, Sirat al-Mustaqeem, Kuntom dan drama Kerna Syurga Bukan Percuma.

Comments