Skip to main content

"Saya faham perasaan Fazura" - Anggun

KERJASAMA antara bintang hebat dua negara Malaysia-Indonesia, Nur Fazura dan Anggun Cipta bakal meluncurkan lagu duet mereka dalam waktu terdekat ini.

Lagu tersebut berjudul The Good Is Back dan malah akan dilengkapkan di dalam album solo antarabangsa Anggun yang akan dilancarkan pada 8 Disember ini.

Menurut Anggun Cipta Sasmi, 43, pemilihan Fazura, 34, dianggap mempunyai persamaan dengan dirinya dan memberitahu pelantun Bisa Apa merupakan seorang wanita yang berani.
BACA: "Bukan saya tak jaga badan..." - Raja Afiq
"Sejujurnya sudah lama saya mengenali Fazura menerusi program TV. Tambah pula kami berdua berkongsi cerita yang sama, masing-masing kehilangan ayah jadi saya faham perasaan tu. Tambah pula Fazura pada waktu itu masih muda.

"Mengenai personaliti Fazura dia ada lebih daripada yang dapat kita lihat. Jadi saya sangat bertuah bila dapat berkolaborasi dengan dia dan pendengar juga akan dapat mendengar dan melihat dari satu sisi yang menarik," ujarnya.

Jom kita dengar dan tonton sendiri apa kata Anggun kepada Sensation2u
Sensation2u doakan semoga kolaborasi antara Fazura dan penyanyi antarabangsa itu dipermudahkan segalanya.

Comments