Skip to main content

"Saya nak orang bercakap tentang bakat saya" - Fazura

Kredit foto: Kakifoto_
PEMILIHAN Fazura sebagai penyanyi duet lagu The Good Is Back bersama penyanyi antarabangsa, Anggun Cipta baru-baru ini dianggap sesuai kerana pelantun Cinta Langka itu seorang yang berperwatakan menarik.

Sementelah waktu itu Fazura pula berasa dirinya kerdil apabila dapat berpadu suara dan mengagumi kredibiliti Anggun.

"Bila bercakap tentang Anggun kita tahu kredibilitinya bagaimana sebagai seorang artis dan satu dunia mengenalinya.
Kredit foto: Kakifoto_
"Saya sendiri pun tak tahu pencapaian dia sebanyak itu tadi, cerita kejayaan... dia sangat menakjubkan!

"Malah dia bukan seorang yang mewar-warkan dan menghebohkan tentang kisah pencapaian dia dan itu saya suka," ujar Fazura kepada Sensation2u ketika majlis perasmian aplikasi Onemusic oleh Universal Music Malaysia bertempat di Hilton, Kuala Lumpur.
BACA: "Saya faham perasaan Fazura" - Anggun
Pada masa sama Fazura, 34, turut merakamkan agar netizen bercakap tentang bakatnya.
Kredit foto: Kakifoto_
"Jadi bila orang bercakap tentang saya, saya nak orang bercakap tentang bakat saya dan Anggun berusaha keras dan membiarkan kejayaan yang berbicara.

"Saya juga berasa teruja dan berbesar hati serta pada masa yang sama merendah diri juga lah sebab dapat berkolaborasi dengan dia," katanya.

Comments