Skip to main content

Siti Sarah Tidak Tertekan

MEMILIH penyanyi popular menerusi lagu Kesetiaan sebagai peledak produk semburan rambut dua dalam satu dianggap strategi yang cukup bijak.

Menurut pengasas Sugardollbynn, Nur Nabilah Mohd Nazib, pemilihan itu kerana melihat personaliti Siti Sarah seorang yang teliti dan peka dengan kecantikan dirinya.

"Sejujurnya saya menyukai pesona kerana sensitif dalam penjagaan head to toe.

"Alhamdulillah selepas hampir enam bulan approach Siti Sarah sementelah pada waktu itu saya berikan produk untuk dicuba akhirnya angan-angan saya menjadi kenyataan untuk menjadikan beliau sebagai duta.
"Berbicara mengenai sasaran jualan pula saya mensasarkan jualan sebanyak 10 ribu kotak" ujarnya mengikat kontrak Siti Sarah selama 12 bulan.

Mengulas pemilihan sebagai duta dan testimoni, Siti Sarah akhirnya menemui jalan penyelesaian masalah rambut gugur.
BACA: "Bagi saya tak ada masalah" - Izzue Islam
"Untuk makluman saya seorang yang cerewet dengan penjagaan kesihatan rambut dan sebelum ini saya juga mengalami masalah keguguran rambut sejak bersalin dan sudah mencuba pelbagai produk namun gagal menyelesaikan dilema itu.

"Tambah pula pergi show mahkota rambut kerap dilengkapkan dengan semburan kimia pengeras rambut.

"Awalnya memang ada keraguan tetapi selepas lima bulan mencuba saya percaya Sugardollbynn berjaya menyelesaikan masalah rambut saya," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Sugardollbynn bertempat di Flora Terrace, Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai objektif sasaran pengasas, Siti Sarah memberitahu dia tidak tertekan kerana percaya itu adalah strategi pihak pemasaran.

"Di dalam perniagaan tidak bermakna bila menggunakan artis popular mampu melariskan produk berkenaan.

"Disini saya adalah sebagai booster dan testimoni yang menggunakan produk Sugardollbynn.

"Jadi saya rasa kalau sasaran 10 ribu kotak untuk dijual dalam masa enam bulan ia tidak akan menjadi masalah sekiranya strategi pemasaran betul," jelas Siti Sarah kepada Sensation2u.

Comments