Skip to main content

Wan Sharmila mahukan watak lagi jahat

LEBIH sedekad berkarya di lapangan seni hiburan, aktres Wan Sharmila mengakui walaupun sudah berlakon berbagai watak namun dia masih mengharapkan watak yang lebih serius.

Wan Sharmila Wan Muhamed juga berkata ada merasakan ketakutan walaupun watak yang sama dilakonkan pada karya yang berlainan.
"Selalunya saya dapat watak lebih kurang sama, tapi tidak ada lah merasakan dah biasa dengan watak yang dah selalu bawa tu.

"Setiap watak yang saya dapat mesti akan rasa takut sebab tak memenuhi watak dengan lebih mendalam dan takut juga tak dapat nak sampaikan feel kepada penonton.

"Jadi saya berharap watak selepas ini mungkin lebih serius, contohnya kalau dapat watak jahat saya nak lagi jahat/ sangat jahat, kalau baik saya nak yang sangat disayangi," ujarnya kepada Sensation2u ketika siri jelajah akhir Drama Sangat Bas Tour 2017 (DSBT2017).
BACA: 4 Tahun berlakon baru dapat dialog, Azzfar hargai watak kecil
Berbicara mengenai peribadi Lala, 36, rupanya takutkan kucing! Katanya sejak dari kecil lagi. Pernah juga anggota tubuh badan Lala luka-luka sebab terkena meja, terkejut katanya bila kucing tu melompat.

"Allah! Saya memang takutkan kucing sejak dari kecil lagi, mungkin disebabkan kawan-kawan yang suka menyakat saya.

"Kalau mereka yang tahu saya sensitif kucing, katakan lah di kedai makan ada kucing dan dia sakat saya boleh benci dia.

"Pernah juga saya melompat kerana terkejut dan lutut saya luka sebab terkena meja bila kucing datang dan melompat ke atas kerusi," katanya.

Comments