Skip to main content

Aidil Zafuan Selamat Menimang Anak Lelaki ke-4

Pemain Bola Sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan dan isteri, Zarema Zainal, selamat menimang anak kedua lelaki pada subuh tadi.

Berita itu disahkan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya;

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby boy pada 20.01.2018 pada pukul 5.45 pagi," coretnya.

Pada masa yang sama Aidil juga mengucapkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata lelaki dalam hidupnya.
"Hero yang keempat buat saya syukur. Alhamdulillah terima kasih buat yang mendoakan isteri saya," tulisnya.
BACA: Hafiz Suip Hari Ini Dalam Sejarah!
Untuk rekod sebelum ini Aidil, 31, pernah berkahwin dengan pelakon popular Rita Rudaini dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Bagaimanapun rumah tangga mereka menemui kegagalan dan bercerai dengan talak satu pada awal bulan Ogos 2013.

Manakala dengan Zarema Zainal, anak pertama mereka bernama Aydeen Zeeyad.

Tahniah Sensation2u ucapkan buat kedua pasangan Aidil dan Zarema. Buat Zarema selamat menempuhi alam berpantang lagi.

Comments