Skip to main content

Arfan Aris Ditawar RM10,000 Untuk Video Seks

Finalis Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018), Arfan Aris, 21, menerusi Insta Story Instagram memberitahu beliau tidak 'terliur' dengan tawaran duit yang diberikan semata-mata untuk video dirinya mengeluarkan air mani.
Walau bagaimanapun, hal itu bukan kali pertama malah sudah berkali-kali. Menurut Mister Labuan ini beliau sudah tampil membuat laporan kepada pihak polis tetapi perkara yang sama tetap berulang.

"Bukan sekali dua namun sudah banyak kali individu berkenaan meminta saya supaya memberikan video dan gambar bogel kepadanya dan imbuhan puluhan ribu ringgit akan diberikan.
BACA: Ego Mutalib Bertempat, Tidak Mahu Main-Main
"Walaupun usaha saya sudah block dan ignored, tapi individu yang sama tak pernah berhenti sehinggakan membuat akaun IG lain, saya pula yang naik penat dibuatnya.

"Dalam pada itu dia juga ada menggugut saya jika permintaannya tidak dituruti, gambar saya akan di edit kemudian disebarkan," jelas anak kelahiran Tawau, Sabah ini kepada Sensation2u.
P/s: ehem! Kat tumblr ada katanya... jom usha. Gatal lah tu. Gambar yang diambil daripada IG Arfan je lah dan ditulis Arfan Aris Anak Ikan.

Haish berani betul tindakan orang yang bernafsu liar ni. Tak kena buku dengan ruas. Bawa-bawa bertaubat. Kalau tertangkap esok padah hukumannya.

Buat Arfan teruskan bersabar ya.

Sebarang perkembangan lanjut, boleh ikuti laman Instagram @misterplanetmalaysia atau @arfanarisss

Comments