Skip to main content

Ego Mutalib bertempat, tidak mahu main-main

Menjadi peserta paling berpengalaman di pentas peragaan dalam kalangan 15 finalis Mister Planet Nation Malaysia 2018 (MPM2018) yang lain, Mutalib Mubin, 27, berjanji tidak akan terlebih ego atau bersikap diva.

Mengakui dirinya masih banyak kekurangan dan kelemahan yang diperlu diperbaiki, pengalaman kira-kira hampir dua tahun bergelar model bagaimanapun tidak akan dipersiakan untuk merebut gelaran juara MPM2018.

Anak kelahiran kota metropolitan Kuala Lumpur itu memberitahu, objektifnya menyertai pertandingan tersebut adalah untuk meneroka lebih mendalam tentang bidang seni, selain menimba ilmu pengetahuan.

"Tidak dinafikan, saya ada kelebihan untuk bersaing dengan peserta lain yang rata-ratanya masih baharu dalam bidang ini.
BACA: Que Terpaksa Tarik Diri, Sedih Berganda
"Akan tetapi, itu bukan alasan untuk saya bersikap acuh tak acuh kerana lazimnya orang baharu lebih mudah mencuri perhatian umum.

"Perlu diingat, dalam sebarang pertandingan, peminat atau juri gemar melihat sesuatu yang segar atau unik. Jadi, sebagai orang 'lama', saya kena susun strategi terbaik untuk memenangi semua pihak," katanya kepada Sensation2u.
Sedutan daripada iklan komersial Darlie yang disiarkan di kaca televisyen
Pernah menjadi bintang utama iklan komersial produk ubat gigi Darlie dan menyertai pencarian model label fesyen terkemuka iaitu Hatta HIM 2016, Mutalib mahu jadikan MPM2018 sebagai batu loncatan untuknya memasuki bidang lakonan.
Karya terkini lakonan Mutalib, filem pendek yang diberi judul Senyum
Menurut Mutalib, memandangkan barisan tenaga pengajar dan penganjur program itu terdiri daripada warga industri termasuk wartawan hiburan tempatan, dia perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada.

"Dalam pertandingan ini, saya diberi mandat untuk mewakili Putrajaya. Saya berbangga dapat menyarung selempang wilayah persekutuan ini kerana pada masa yang sama, saya adalah pengundi di situ," tambahnya yang turut membintangi filem Badang.
BACA: Fariz Beri Amaran Kepada Finalis MPM2018
Mutalib pernah diundang sebagai model untuk program majalah fesyen popular TV3 iaitu Nona
Dari satu sudut yang lain, selaku Mister Putrajaya, Mutalib berpendapat dia mampu mempromosikan kawasan itu sebagai sebuah lokasi pelancongan alaf baharu kepada seluruh dunia amnya.

"Selaku kawasan yang baru dibangunkan pada 12 Oktober 1994, Putrajaya yang dulunya dikenali dengan nama Prang Besar adalah sebuah bandar pintar dan unik.

"Selain landskapnya yang masih mengekalkan kehijauan semula jadi, reka bentuk bangunan-bangunan pencakar langitnya yang menarik dan gah membuktikan betapa Malaysia memiliki kepakaran dalam bidang pembinaan.

"Bukan itu sahaja, jajahan ini juga terkenal dengan beberapa buah jambatan gergasi yang mampu menjadi daya tarikan pelancong," ujarnya mengakhiri perbualan.

Sebarang perkembangan lanjut, boleh ikuti laman Instagram @misterplanetmalaysia atau @mutalibmubin.

Comments