Skip to main content

Hazim Jay Akui Terima Tekanan Untuk Penuhi Harapan Orang Johor

Peserta wakil daripada negeri Johor dalam program Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018), Hazim Jay, 24, tidak menafikan bahawa ramai rakannya berharap agar kemenangan pada musim kelima ini berpihak kepada negerinya sekali lagi.

Pun begitu, Hazim Jay atau nama sebenarnya Muhammad Hazim Jamaludin, tidak menjadikan hal itu satu halangan malah menganggap sebagai satu cabaran buat dirinya.
"Apa yang saya akan lakukan adalah memberikan komitmen sehabis baik dalam pertandingan ini yang saya lihat sebagai satu cabaran.

"Walau bagaimanapun, saya juga agak terasa bebannya, sebab kawan-kawan yang berasal daripada negeri sama mengharapkan kemenangan MPM2018 agar negeri kami menang.

"Kata kawan-kawan lagi jika tahun lalu wakil daripada negeri Johor berjaya dinobatkan sebagai juara kenapa tidak saya pula pada tahun ini?," ujarnya kepada Sensation2u.
BACA: Arfan Aris Ditawar RM10,000 Untuk Video Melancap
Berbicara mengenai persiapan diri sebelum memasuki program tersebut, Hazim mengambil tempoh setahun untuk memboloskan diri dalam pemilihan musim kelima ini.

"Sebenarnya daripada musim MPM2017 lagi saya sudah menyimpan hasrat untuk memasuki MPM namun kerjaya tetap menjadi kekangan utama buat diri saya pada ketika itu.

"Dalam tempoh setahun lalu saya mengambil peluang untuk mengulang kaji dengan menonton dan mengikuti segala tugasan yang diberikan kepada peserta MPM2017.

"Jadi atas inisiatif yang dibuat saya dapat membayangkan bagaimana agaknya diri saya jika berada di tempat Mister Planet itu," kata Hazim, anak kedua daripada lima orang adik beradik.
Dikesempatan itu Mr Johor turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menyuntik semangat buat dirinya supaya terus mengorak langkah tanpa henti.

"Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada saya tanpa mengenal erti jemu untuk melihat saya berjaya.

"Saya berharap juga sokongan anda tidak terhenti selepas tamatnya MPM2018," tuturnya.

Sebarang perkembangan lanjut, boleh ikuti laman Instagram @misterplanetmalaysia atau @hazim.jayy

Comments